Sunday, January 21, 2024

PENGENALAN MIM SAKINAH

Hukum Mim Sakinah

Mim Sakinah (مْ)

Hukum Mim Sakinah Serta Cara Bacaannya

Assalammualaikum murid-murid ustazah, hari ini kita akan mempelajari satu ilmu baharu yang mana sangat penting untuk kita pelajari sebagai seorang muslim. Hal ini dapat membantu kita untuk membaca Al-Quran dengan betul secara bertajwid.

Mim Sakinah adalah mim yang tidak berbaris atau dikenali sebagai mim mati (مْ) . Mim Sakinah ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan hukum Nun Sakinah kerana kedua-dua hukum ini memiliki suara yang keluar daripada pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan bunyi dengung mahupun sifat ghunnah itu sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah.

Kesemua bagi hukum Mim Sakinah ini dikaitkan dengan perkataan syafawi yang membawa maksud bibir kerana huruf mim itu merupakan huruf yang keluar melalui pertemuan dua bibir.

Hukum Mim Sakinah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Idgham Mithlain/Idgham Syafawi, Ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.

Berdasarkan pembacaan dan video yang ditonton, sila kongsikan pemahaman anda pada ruangan komen di bawah.

IKHFA' SYAFAWI

1. IKHFA' SYAFAWI

DEFINISI IKHFA' SYAFAWI

  • Bahasa: Menyembunyikan
  • Istilah: Menyembunyikan sebutan Mim Sakinah ketika bertemu huruf "ب" yang berbaris

CARA BACAAN

Wajib diidghamkan Mim Sakinah tersebut dengan merenggangkan dua bibir mulut (dibukakan sedikit) di samping dengung yang sempurna dengan kadar dua harakat sebelum menyebut huruf "ب"

CONTOH-CONTOH IKHFA' SYAFAWI

Untuk penerangan yang lebih jelas, murid-murid boleh menonton video di bawah:

PENILAIAN

Setelah membaca nota-nota di atas, murid-murid diminta untuk menjawab penilaian berdasarkan link yang diberikan. Kehadiran akan diambil melalui jawapan di dalam Quizizz berikut.

Link Quizizz: 

 

IZHAR SYAFAWI

2.0 IZHAR SYAFAWI

DEFINISI IZHAR SYAFAWI 

  • Pengertian izhar pada bahasa ialah nyata dan terang.
  • Manakala pada istilah izhar syafawi bermaksud di izharkan mim sakinah yang bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah selain daripada huruf mim (م) dan huruf ba (ب).
CARA BACAAN 
  • cara bacaan izhar syafawi ialah wajib di izharkan ( dinyatakan) bunyi mim (م) sakinah tanpa dengung.

CONTOH -CONTOH IZHAR SYAFAWI

 

Untuk penerangan yang lebih jelas, murid-murid boleh menonton video di bawah:

 

PENILAIAN

selepas membaca nota diatas murid-murid boleh cuba untuk menjawab kuiz daripada link yang disertakan dibawah . kehadiran akan diambil kira melalui jawapan daripada kuiz tersebut. sekiah terima kasih.

 


 

IDGHAM SYAFAWI

IDGHAM SYAFAWI

DEFINISI IDGHAM SYAFAWI

  • Idgham Syafawi bermaksud mim sakinah (مْ) yang bertemu dengan huruf mim yang berbaris.
  • Idgham syafawi juga dikenali sebagai idgham mislain soghir (ادغام مثلين صغير)

CARA BACAAN

  • Bacaan Idgham Syafawi adalah apabila mim sakinah bertemu dengan huruf mim yang berbaris, maka hendaklah dimasukkan suara Mim Sakinah ke dalam mim yang berbaris itu dengan disertai dengung.
  • Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung Mim Sakinah itu dengan kadar 2 harakat.

CONTOH BACAAN

Untuk penerangan yang lebih jelas, murid-murid boleh menonton video di bawah:

PENILAIAN

Selepas membaca nota diatas, murid-murid diminta menjawab Quizziz sebagai aktiviti penilaian. Ustazah akan mengambil kehadiran bagi siapa yang telah menjawab soalan Quizziz yang diberikan.

https://quizizz.com/embed/quiz/65ac9b010189a2c65c679f8a