PENGENALAN MIM SAKINAH

Hukum Mim Sakinah

Mim Sakinah (مْ)

Hukum Mim Sakinah Serta Cara Bacaannya

Assalammualaikum murid-murid ustazah, hari ini kita akan mempelajari satu ilmu baharu yang mana sangat penting untuk kita pelajari sebagai seorang muslim. Hal ini dapat membantu kita untuk membaca Al-Quran dengan betul secara bertajwid.

Mim Sakinah adalah mim yang tidak berbaris atau dikenali sebagai mim mati (مْ) . Mim Sakinah ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan hukum Nun Sakinah kerana kedua-dua hukum ini memiliki suara yang keluar daripada pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan bunyi dengung mahupun sifat ghunnah itu sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah.

Kesemua bagi hukum Mim Sakinah ini dikaitkan dengan perkataan syafawi yang membawa maksud bibir kerana huruf mim itu merupakan huruf yang keluar melalui pertemuan dua bibir.

Hukum Mim Sakinah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Idgham Mithlain/Idgham Syafawi, Ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.

Berdasarkan pembacaan dan video yang ditonton, sila kongsikan pemahaman anda pada ruangan komen di bawah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah, saya tak tau nak tengok point ikhfa' syafawi. Macam mana ya, Ustazah?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Annisa, cuba Annisa tengok dekat bahagian sebelah kanan ada tajuk ikhfa' syafawi, idgham syfawi dan izhar syafawi. Annisa boleh tekan salah satu antara tajuk tersebut.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustazah. Saya faham ustazah untuk mim sakinah ni, ada tiga hukum iaitu ikfa syafawi, izhar syafawi dengan idgham syafawi

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam izzah, alhamdulilah kalau macam tu boleh la izzah jawab semua kuiz yang telah ustazah sediakan ya. semoga bermanfaat untuk izzah dan kawan-kawan.

    ReplyDelete