2.0 IZHAR SYAFAWI
DEFINISI IZHAR SYAFAWI
- Pengertian izhar pada bahasa ialah nyata dan terang.
- Manakala pada istilah izhar syafawi bermaksud di izharkan mim sakinah yang bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah selain daripada huruf mim (م) dan huruf ba (ب).
CARA BACAAN
- cara bacaan izhar syafawi ialah wajib di izharkan ( dinyatakan) bunyi mim (م) sakinah tanpa dengung.
CONTOH -CONTOH IZHAR SYAFAWI
Untuk penerangan yang lebih jelas, murid-murid boleh menonton video di bawah:
PENILAIAN
selepas membaca nota diatas murid-murid boleh cuba untuk menjawab kuiz daripada link yang disertakan dibawah . kehadiran akan diambil kira melalui jawapan daripada kuiz tersebut. sekiah terima kasih.
Ustazah, saya syafawi tu maksudnya apa ustazah?
ReplyDeletemaaf izzah, ustazah kurang fahamlah dengan soalan izzah.boleh izzah tanyakan sekali lagi? soalan apa yang izzah maksudkan?
DeleteSyafawi dari sudut istilah maksud saya ustazah☺️
Deleteohh, izhar syafawi dari segi istilah ialah menzahirkan sebutan huruf mim م yang mati tanpa dengung. maksudnya disini, kalau nak baca hukum izhar syafawi ni izzah kena baca dengan jelas sebutn mim yang mati tu dan jangan baca dengan dengung. kalau izzah baca mim mati dengaan dengung tu akan jadi salah. setakat ni izzah faham ke penerangan ustazah?
DeleteUstazah, menarikkk la game Quizziz ni😍😍nak main lagi utk kelas seterusnya bole ke ustazah? hehe
ReplyDeleteboleh arliana. alhamdulilah ustazah gembira dan bersyukur kamu suka dengan game quiziz yang ustazah sediakan ini. semoga bermaanfaat untuk antum semua ya 😘
Delete