IDGHAM SYAFAWI
DEFINISI IDGHAM SYAFAWI
- Idgham Syafawi bermaksud mim sakinah (مْ) yang bertemu dengan huruf mim yang berbaris.
- Idgham syafawi juga dikenali sebagai idgham mislain soghir (ادغام مثلين صغير)
CARA BACAAN
- Bacaan Idgham Syafawi adalah apabila mim sakinah bertemu dengan huruf mim yang berbaris, maka hendaklah dimasukkan suara Mim Sakinah ke dalam mim yang berbaris itu dengan disertai dengung.
- Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung Mim Sakinah itu dengan kadar 2 harakat.
CONTOH BACAAN
Untuk penerangan yang lebih jelas, murid-murid boleh menonton video di bawah:
PENILAIAN
Selepas membaca nota diatas, murid-murid diminta menjawab Quizziz sebagai aktiviti penilaian. Ustazah akan mengambil kehadiran bagi siapa yang telah menjawab soalan Quizziz yang diberikan.
https://quizizz.com/embed/quiz/65ac9b010189a2c65c679f8a
Ustazah, kenapa idhgam syafawi ni disebut idgham mislain soghir? Soghir tu maksudnya kecil kan ustazah? Ada idgham mislain yang besar ke?
ReplyDeleteidgham syafawi disebut sebagai idgham mislain soghir kerana huruf mim م yang mati bertemu dengan huruf م yang berbaris. izzah tanya ada idgham mislain yang besar ke? jawapannya ada izzah akan tetapi kita akan belajar mengenai topik idgham kabir ini dalam dalam tajuk qiraat dengan lebih lanjut.
ReplyDeleteOhh ada idgham kabir. Tak sabarnya nak belajar. Terima kasih ustazah
Deletesama-sama izzah 😊
Delete